Kerana Mengalirnya Darah yang Sama

katanya, mindaku berkhayal lagi.
masakan aku berkhayal?
masa untuk bernafas pun tidak mencukupi,
apatah lagi berkhayal jauh ke langit.


aku hidup dalam nyata.
cukup nyata, sehingga menitiskan air mata
aku kenal siapa dia
cukup kenal
orang yang sama
sama berkongsi
berkongsi darah yang sama


kecut perutku
tergumam lidahku
Ya Allah, dugaan apakah ini
kenapa begini
gara-gara dunia, darah mahu ditukar warna?


genap lima tahun,
keadaan sekali lagi bertukar
mahu bertukar fasa
dalam saat pertukaran
berlaku lebih dari keburukan
kecewa


lima tahunkah kau ambil masa
untuk bertukar wajah sebegitu rupa?
atau sekadar sesaat dua?
setelah kecur liur dengan dunia
dunia yang dihidang didepan mata

kecewa

mereka kata, 
biarlah lain budaya yang dipercaya
yang penting sehati sejiwa

khabarkan padaku,
bagaimana mahu sehati sejiwa,
saat fikiran tidak lagi sama?

usah dikatakan fikiran,
darah juga mahu ditukar warna!

kecewa

kerana dunia didepan mata,
kau palingkan dari kami
dari kami darah yang sama.



madihahibrahim.18/04/13.14:46

No comments:

Rasulullah (Sallallaho alaihe wasallam) said, "The contrast between a person who glorifies Almighty Allah and one who does not remember Him is like that between the living and the dead."

Giving up doesn't always mean you are weak; sometimes it means that you are strong enough to let go. ~

Sometimes I wish I were a little kid again, skinned knees are easier to fix than broken hearts. ~
then, its better for not finding a reason to broke it.

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه;
None of you truly believes until he loves for his brother what he loves for himself.


do love urself,
and do love others,
because u will get one if u be one.

thank you. :)