awak dan saya.

awak,
untuk semua yang awak lakukan,
mungkin awak terlupa satu benda.

saya adalah wanita, sepertimana ibu awak.

awak,
kalau awak rasa saya ni seperti sampah,
yang awak boleh buat sesuka kati,
samalah ibu awak,
awak boleh buang beliau dalam tong sampah.

awak,
kalau awak rasa saya ni tidak berperasaan,
awak nak tengking nak buat main,
saya pun sama dengan ibu awak,
akan terasa bila ditinggikan suara,
akan berduka bila dimarah dicerca.

awak,
kalau awak rasa saya ni memang patut untuk disumpah seranah,
memang patut dijual dilelong,
cubalah awak jual ibu awak sendiri,
seperti mana perasaan beliau, seperti itu perasaan saya.

awak,
kalau awak rasa ibu awak pantang awak buat jahat,
seperti itu juga saya tak nak awak buat jahat,
kepada saya, ataupun sesiapa.
dan kalau awak rasa awak bebas buat jahat,
awak buatlah jahat awak tu kepada ibu awak dulu.

awak,
kalau awak rasa sayA manja,
mudah menaNgis dan dibuli,
dan semua tu membuatkan awak bahagia gembira,
mungkin awak lupa, ibu awak pun begitu,
dan saya yakin awak MUNGKIN juga akan berbahagia jika ibu awak dipermainkan begitu.

awak,
kalau awak rasa ibu awak wanita yang matang,
memang wajar dihormati,
x seperti saya,
mungkin awak terlupa,
saya juga akan matang suatu hari nanti,
saya juga akan meningkat dewasa,
dan ketika itu, saya juga akan dihormati.

awak,
kalau awak rasa ibu awak adalah isteri solehah,
maka memang wajar dihormati,
saya juga akan menjadi seorang isteri,
solehah atu tidak, itu bukan ditangan awak.
tapi tiada isteri yang mahu jadi isteri derhaka,
dan kalau awak anggap semua wanita itu akan jadi isteri derhaka jugak nanti,
maka permainkanlah ibu awak, sebab beliau pun wanita.

awak,
kalau awak anggap ibu awak mulia setelah melahirkan awak,
saya juga, suatu masa nanti, akan melahirkan zuriat saya,
saya juga akan menjadi ibu.
sepertimana awak menghormati ibu awak,
seperti itu anak anak saya akan menghormati saya.

awak,
mungkin awak nampak saya macam duit seposen,
x bernilai pun,
suka hait awak la nak buat macam mana,
tapi awak lupa kan, saya juga perempuan seprti ibu awak.

maaf untuk semua yang menyakiti.
maaf untuk semua yang disalahi.
saya menulis mengikut minda saya.

terasa terlalu jahat untuk guna ana enta, terasa terlalu biadap untuk guna kau aku.
biarlah sounds gedik pun dengan awak saya.

mungkin saya tak kisah dengan ape yang awak buat, sebab saya tak hilang 50sen pun,
tapi ape yang awak buat, mungkin akan terjadi kepada ibu awak, adik awak, kakak awak, mahupun anak awak dikemudian hari. sebab itu saya kisah, kerana ;

WHAT GOES AROUND COMES BACK AROUND. :)

No comments:

Rasulullah (Sallallaho alaihe wasallam) said, "The contrast between a person who glorifies Almighty Allah and one who does not remember Him is like that between the living and the dead."

Giving up doesn't always mean you are weak; sometimes it means that you are strong enough to let go. ~

Sometimes I wish I were a little kid again, skinned knees are easier to fix than broken hearts. ~
then, its better for not finding a reason to broke it.

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه;
None of you truly believes until he loves for his brother what he loves for himself.


do love urself,
and do love others,
because u will get one if u be one.

thank you. :)